|
|
|||||||||||||||||||||||
InterNICHE Co-ordinator
Nick Jukes 42 South Knighton Road Leicester LE2 3LP England Tel/Fax +44 116 2109652 coordinator@interniche.org |
Apakah anda fikir tentang pelajaran yang boleh didapati daripada eksperimen yang melibatkan binatang? Tidak ada sebab mengapa binatang-binatang mesti dibunuh hanya untuk tujuan pembedahan dan untuk digunakan dalam pelajaran dan latihan. Ada banyak lagi cara-cara lain yang canggih dan innovatif tanpa penggunaan binatang-binatang, dan penggunaana cara-cara itu sudahpun menjadi normal dibanyak universiti-universiti. Pelajaran etikal yang tidak menggunakan binatang dengan cara yang membahayakan, sebenarnya menggunakan cara-cara yang lebih efisien dan lebih releven untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Teknologi komputer yang maju memberikan banyak kemungkinan, dari pembedahan virtual dan eksperimen makmal diatas skrin sehinggalah kepada pembentangan prosedur-prosedur klinikal secara simulasi virtual. Alat-alat moden untuk mendapatkan skil-skil makmal dan pengetahuan praktikal tentang pembedahan juga meliputi model-model pembedahan-mikro, patung-patung yang nampak benar dengan organ-organ rekaan dan mekanisma yang memberi balasan. Cara-cara lain adalah berdasarkan kepada ujian-ujian terhadap pelajar-pelajar secara sukarela, dan stimulasi terhadap urat/otot dengan menggunakan alat ujian yang berdasarkan komputer. Pelajaran etikal boleh juga melibatkan binatang. Apabila pelajar-pelajar perubatan haiwan membantu doctor-doktor haiwan dalam pekerjaan klinikal dengan pesakit yang sebenar, mereka dapat belajar pelbagai skil klinikal, yang juga melibatkan penjagaan pesakit dan rasa hormat terhadap penghidupan – berbeza daripada eksperimen yang melibatkan binatang yang mengajar mereka bahawa mereka adalah alat-alat yang boleh dibuang. Apabila pelajar-pelajar Biologi mengkaji binatang dalam habitat mereka yang semulajadi dengan cara-cara yang tidak mengganggu, mereka akan belajar lebih mengenai perangai binatang daripada apa yang boleh dipelajari daripada eksperimen dimakmal. Seperti pembedahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar perubatan keatas badan manusia yang diderma, pelajar-pelajar perubatan haiwan dan Biologi juga boleh melakukan pembedahan keatas binatang-binatang yang telah mati akibat penyakit atau kecederaan. Penggunaan binatang-binatang yang telah dibunuh dan eksperimen yang melibatkan binatang, tidak akan mengajar pelajar-pelajar dan pelatih-pelatih lebih daripada sesuatu matapelajaran berbanding dengan cara-cara etikal yang ia boleh mewujudkan. Walaubagaimanapun, eksperimen-eksperimen yang menggunakan binatang dengan sendirinya tidak akan mendatangkan perasaan dalam diri kita bahawa nyawa binatang-binatang adalah tidak begitu penting. Adakah kita perlu doktor haiwan, pengkaji-pengkaji dan doktor-doktor yang diajar bahawa benda-benda kehidupan boleh dibuang selepas diguna? Perlukah binatang-binatang diambil daripada kawasan penghidupan mereka dan diletakkan dalam sangkar-sangkar yang kecil sepanjang kehidupan mereka dimana mereka tidak dapat menunjukkan sifat sebenar mereka dan akhirnya hanya menghabiskan hayat mereka dimakmal pembedahan atau disediakan untuk eksperimen-eksperimen? Kajian-kajian yang telah diterbitkan menunjukkan bahawa pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan penyedaran etikal boleh diperolehi dengan efektif dengan menggunakan cara-cara lain yang progresif. Tanpa dipaksa untuk membuangkan kepercayaan-kepercayaan etikal mereka, pelajar-pelajar dan pelatih-pelatih boleh menikmati suatu suasana pembelajaran yang lebih baik tanpa penggunaan binatang-binatang secara yang membahayakan. Anda mempunyai kuasa untuk membawa perubahan. Hubungilah InterNICHE untuk mengakhirkan penggunaan binatang-binatang dengan cara yang membahayakan. Pilihlah pelajaran etikal!
|
||||||||||||||||||||||
|